SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLuputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang kelat masak merkah, Bawa budak dalam raga; Bulan gelap tanah lecah, Kasihku baik jarang berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang ke hulu pasang perangkap, Anak kayu habis ditebang; Orang tertipu dalam gelap, Saya tertipu dalam bimbang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiArus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tebu tiga batang, Pisang hitam masak di kebun; Abang tipu kata nak datang, Bulan gelap hujan nak turun. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap |
|
Puisi |
---|
|
Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 320 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|