SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak orang gelang di tangan, Salah seorang gelang di kaki; Banyak orang mengata jangan, Saya seorang menurut hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak gelang besi, Cik Sureh jual bunga; Kalau hendak bermati-mati, Sudah boleh apa hendak guna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIntan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa sebab bergelang paun, Bambawaran gelang di kaki; Apa sebab ku teraun-raun, Pembawaan sudahlah di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTurun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang-gelang |
|
Puisi |
---|
|
Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat.
Lihat selanjutnya... |
|