SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUkir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan berzikir gembak serakal, Saya menyebut Allahu Rabbi; Jika tak fikir dengan juak gekal, Apalah sebab jadi begini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari hulu sampai ke hilir, Pokok kiambang tumbuh melata; Cubalah ingat cubalah fikir, Siapalah dia di depan kita. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikir |
|
Puisi |
---|
|
Ukir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 335 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Pukul anjing tengok-tengok tuannya I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|