SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan; Sekalian bisa lagi kubuang, Inikan pula bisa di badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik |
|
Puisi |
---|
|
Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya.
Lihat selanjutnya... |
|