SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmak! Emak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Emak! Emak! Mintaku janda, Janda ada beranak seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiYa ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNguak-nguak kerbau di padang, Kerbau seekor kutarik ke huma; Emak! Emak! Tunangku datang, Bentang tikar tabur bunga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSenggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanggang simbubu tak bertulang, Entahkan pandan meluruti; Emak di kubur takkan pulang, Entahkan badan menuruti. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak |
|
Puisi |
---|
|
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 142 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|