SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMusim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian |
|
Puisi |
---|
|
Laksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak.
Lihat selanjutnya... |
|