SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk-duduk di tepi pantai, Ambil joran pancing selampai; Kumbang bersengat kalau sampai, Memang layu bunga di tangkai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja Muda duduk beratus, Apa duduk dibangkang jangan; Jahit sudah kelim tak terus, Selalu jarum patah di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak dara duduk di pintu, Duduk menunggu padi jemur; Janganlah adik kata begitu, Belasnya abang bila mendengar. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk |
|
Puisi |
---|
|
Duduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan.
Lihat selanjutnya... |
|