SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGesek biola nama Cik Mamat, Mari digesek Tanjung Jati; Doa saya biar selamat, Ada umur bertemu lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turun enam, Satu mati tinggal lima; Minta doa tetapkan iman, Minta mati dalam agama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMalam ini malam Arbaª, Malam besok malam Khamis; Kepada Allah minta doa, Di hari akhirat tidak menangis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup mari menuba, Dapat seekor ikan tapah; Bukan hidup kerana doa, Mati tidak kerana sumpah. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa; |
|
Puisi |
---|
|
Dayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.
Lihat selanjutnya... |
|