SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata desa |
|
Puisi |
---|
|
Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang.
Lihat selanjutnya... |
|