SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki ditikam siput, Siput ada dari seberang; Sakit hati rasa nak ikut, Dengar-dengar tunang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil cengal buat kemudi, Hanyut batang hambat berhambat; Abang dengar saya baik budi, Abang datang lambat sangat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSecupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar |
|
Puisi |
---|
|
Di mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 627 Walls have ears Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too! Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|