SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari dahulu Jawa Semarang, Ungai-ungai di atas bukit; Macam dahulu juga sekarang, Tidak berbeza barang sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKatak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan parang baru ditempa, Parang ada dari dahulu; Bukan sekarang baru berjumpa, Memang dijanji tatkala dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu |
|
Puisi |
---|
|
Dari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya.
Lihat selanjutnya... |
|