SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRambut ikal cuma berlicin, Jikalau mandi dibasah jangan; Abang sayang kami miskin, Kalau jadi menyesal jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung jelatik terbang ke ladang, Dapat dicekup jangan dipicit; Pokok cantik bertambah rendang, Buah di pokok cuma sebiji. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma |
|
Puisi |
---|
|
Pokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji.
Lihat selanjutnya... |
|