SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan saja condong ke dulang, Saya tak mahu condong ke desa; Biar saya berputih tulang, Saya tak mahu berputih mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang kecapi kecapang condong, Sayang tempurung berisi paku; Kalau petang matahari condong, Kalau burung nak terbang aku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis condong ke paya, Boleh dibuat penyidai kain; Mulut manis kepada saya, Hati kasih pada yang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis condong ke Kerling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk menjeling, Sudah menjeling ketawa pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis condong ke jalan, Masak sebiji makan cukup; Hitam manis tunduk berjalan, Ibarat haji lepas wukuf. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong |
|
Puisi |
---|
|
Bukan saja condong ke dulang, Saya tak mahu condong ke desa; Biar saya berputih tulang, Saya tak mahu berputih mata.
Lihat selanjutnya... |
|