SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin. |
|
Puisi |
---|
|
Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.
Lihat selanjutnya... |
|