SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiYu tangan sapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Busuk tangan celaka tangan, Dalam tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTalamlah ini talam tembaga, Putus tali sampainya hilang; Malamlah ini malam celaka, Putusnya janji sampainya hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan disapu tangan, Jatuh ke laman berisi bunga; Malang tangan celaka tangan, Lepas tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.
Lihat selanjutnya... |
|