SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLuputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHaluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan di pintu kurung, Cahaya sampai ke daun kayu; Kalau Tuhan hendak menolong, Kasih tercerai balik bersatu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cahaya |
|
Puisi |
---|
|
Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain.
Lihat selanjutnya... |
|