SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga |
|
Puisi |
---|
|
Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 462 Nobody is perfect Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya. Bunga yang harum itu ada juga durinya She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her. Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|