SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain batik baru dijemur, Jemur mari tengah kolam; Sungguh cantik bintang timur, Bintang tak boleh terangkan alam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBintang tidak terbit pagi, Diselaput oleh awan putih; Puan sudi sampai ke mari, Saya memberi terima kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiga puluh bintang di langit, Jatuh sebiji ke Laut Melaka; Kapur berukir pinang berlirit, Sirih berlandung air mata. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang |
|
Puisi |
---|
|
Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata.
Lihat selanjutnya... |
|