SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRisik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDaun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik |
|
Puisi |
---|
|
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 368 Many a mickle makes a muckle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|