SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar puyuh dari pipit, Cari makan tepi kolam; Begitu banyak pulau dan bukit, Guna apa di dalam alam? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 278 Out of the frying fan and into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she out of the frying fan and into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|