SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerbuah si kundang-lendang, Buah mengkal jatuh ke lubuk; Jangan disentuh tunang orang, Keris pukai makan rusuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBarangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga paku tidak berbuah, Sama juga bunga kelapa; Jongok Batu kampung bertuah, Sampai ke mana saya tak lupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah |
|
Puisi |
---|
|
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.
Lihat selanjutnya... |
|