SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pergi ke bendang, Kalau tidak bertanam padi; Apa guna senjata disandang, Kalau tidak berani mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukit Besi pandang ke bendang, Pati santan diminum mabuk; Kalau rindu jangan dipandang, Nama saya jangan disebut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak beruk di tepi pantai, Turun ke bendang memakan padi; Biar buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendang |
|
Puisi |
---|
|
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.
Lihat selanjutnya... |
|