SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBelas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmpat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas dayung berkunci, Dayung pergi tanah seberang; Sedikit hati abang tak benci, Jangan didengar fitnah orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas pantun berkarang, Pantun Melayu anak Semarang; Kami laksana kain yang jarang, Dijual tidak dibeli orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas |
|
Puisi |
---|
|
Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.
Lihat selanjutnya... |
|