SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiItik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMelenguh jawi belang untung, Tiap ke sawah orang bajakkan; Menangis nan buruk untung, Tiap menjelang ke mana orang tidakkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau membeli kuda belang, Beli sekali kuda semberani; Anak dagang hendak pulang, Makin pilu di hati kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAkar pilih kuda belang, Akar lama melilit pongsu; Kalau tak boleh seperti dok cadang, Nak bawa cerana mengadap guru. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak ditoleh si kuda belang, Akar lana melilit pongsu; Tidak boleh muda dok cadang, Angkat cerana mengadap guru. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam limau di tanah liat, Buah manggis dalam perahu; Belang harimau kalau dilihat, Kena badi saya tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang; Dualah tiga boleh kucari, Mana nak sama tuan seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belang |
|
Puisi |
---|
|
Kayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 155 A good deed is never lost Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama. Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed. Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|