SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSenggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPohon temak akar pun temak, Gugur di kuala bunga sekuntum; Diluah bapa ditelan emak, Sampai bila hendak dikulum? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa |
|
Peribahasa |
---|
| 177 As is the father so is the son Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga. Bapa borek anaknya tentu rintik She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! As is the father so is the son , indeed. Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|