SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe laut mari mengail duri, Terasa pula badan nak demam; Putih kuning mengajak lari, Saya tak tahu rumah imam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan |
|
Puisi |
---|
|
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|