SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis asam gelugur, Kena dengan asam rumbia; Tuan menangis di pintu kubur, Rasa nak balik ke dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis asam gelugur, Dua urat asam belimbing; Menangis mayat dalam kubur, Melihat papan menjadi dinding. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam pauh asam kelubi, Hanyut ke laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah jauh hari pun malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam pauh asam pulasan, Anak gembala bertarik tali; Adik jauh kami berpesan, Jangan lama tidak ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam |
|
Puisi |
---|
|
Bukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|