SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsal buah asam gelugur, Tiga dengan asam bali; Menangis diri di pintu kubur, Dunia tak boleh balik dua kali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsal sukun di Laut Jati, Terendak Cina jatuh ke ruang; Patah tumbuh hilang berganti, Kasih lama tidak terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBiar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal |
|
Puisi |
---|
|
Asal sukun di Laut Jati, Terendak Cina jatuh ke ruang; Patah tumbuh hilang berganti, Kasih lama tidak terbuang.
Lihat selanjutnya... |
|