SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata Islam |
|
Puisi |
---|
|
Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 509 A rotten apple spoils the barrel Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel. Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|