A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
pernah mengadakan pameran lukisan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Negara Thai, Filipina, Brunei Darussalam, Australia, Belgium dan Amerika Syarikat. Kegiatan persajakannya mulai mendapat perhatian ramai apabila beliau mempelopori puisi 3V: verbal-vokal-visual pada tahun 1965. Untuk memantapkan lagi konsep persajakannya itu, beliau telah membuat suatu pernyataan tentang sajak Audio-Visual dalam bentuk esei bertarikh 12 September 1972 yang kemudiannya disiarkan dalam Dewan Sastera pada tahun 1973 berjudul “Dengan Puisi Audio-Visual”. Dalam esei beliau itu, “Sajak Audio-Visual” A. Ghafar antara lain menulis: Sajak padaku terdiri dari Tri-V; Verbal-Vokal-Visual. Verbal ialah isi sajak. Vokal bunyinya. Visual ialah teknik sajak. Verbal harus dimengertikan. Daya kreasi penyajak menimbulkan daya rasa fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata vokal |
|
|