S.M. Noor - Dewan Bahasa dan Pustaka
bin Tuan Long ) LAHIR : 16 Mei 1947, di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. ALAMAT : 961, Kepong, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. KELAHIRAN novel Tertuduh pada tahun 1967 merupakan titik tanda kehadiran penulis ini di persada kesusasteraan tanah air. Dari titik itu, S.M. Noor terus mengorak langkah, mempertajamkan daya kreatifnya, menghasilkan satu demi satu novel, cerpen, puisi dan drama. S tanah air. Di sinilah bermulanya pembakar semangatnya untuk menulis. Pergaulan dengan teman-teman penulis di Terengganu juga dijadikannya sebagai wadah penggerak daya kreatifnya. Walaupun novel Tertuduh disahkan secara bercetak sebagai tanda kemunculan beliau dalam dunia penulisan, namun hakikatnya media elektronik terlebih dahulu merakamkan namanya sebagai penulis dengan munculnya drama radio berjudul Pengorbanan yang diterbitkan oleh Radio Singapura pada tahun 1965. Sehingga
|
Ismail Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
ciri demikian ialah “Konsepsual”. Sebahagian puisi ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan kerja kursus penulisan kreatif di universiti. Puisi ini adalah percubaan awal Ismail menggabungkan aspek visual dan grafik dengan elemen “tanda” yang komunikatif dan “bunyi” puitis. Puisi begini lebih mirip kepada puisi “bunyi”, “kata” dan “tanda” yang “abstrak”, “metaforikal,” “simbolik” dan “arbitrari”. Untuk menulis puisi ini, Ismail menggunakan elemen visual, grafik dan kata perbandingan (metafora) serta “koda”. Menurut Ismail, puisi jenis ini telah dikembangkan dengan penggunaan |
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
kecil yang sering dilupai orang. Alias cuba menunjukkan kontras antara keindahan dan kemelaratan melalui pengungkapan tidak langsung dan simbol yang biasa. Beliau misalnya menulis tentang “Rumah Kilat”, “Bas Kota”, “Papan tanda Kota” atau “Pasar Chow Kit”. Beliau menimbang dan memilih kata-kata dengan cermat, baik daripada segi kemerduan bunyi mahupun erti, dan daripada pemakaian kata yang selektif inilah terletak kekuatan puisinya. Tiga buah puisinya telah mendapat perhatian Panel Hadiah Karya Sastera. Pada tahun 1975, puisinya “Sekali-sekala” telah terpilih dan selepas itu dua buah sajaknya tentang kota iaitu, “Papan tanda Kota” dan “Setinggan” telah terpilih memenangi Hadiah Karya Sastera untuk tahun 1976. Pada tahun 1974, beliau memenangi hadiah sagu hati Sayembara Puisi Kuala Lumpur anjuran GAPENA. Dalam kegiatan badan penulis
|
Asmaranda - Dewan Bahasa dan Pustaka
1936, di Parit Kudus, Pontian, Johor. ALAMAT : 51, Jalan Perkasa, Parit Semerah, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim. CERPEN "Nenek Kahwin Lagi" yang tersiar dalam majalah Mutiara, April 1958 menjadi titik tanda kehadiran Asmaranda di arena kesusasteraan tanah air, khasnya dalam genre cerpen. Sebenarnya, bakat kreatifnya mula bercambah ketika beliau menuntut dalam darjah enam dengan menghasilkan sebuah cerita berjudul "Gua Ular" yang |
Jamdin B - Dewan Bahasa dan Pustaka
diberi kepercayaan dengan dilantik sebagai Ahli Tribunal Hakcipta Malaysia sejak 1988 hingga beberapa penggal, dan Ahli Jemaah Universiti Malaya (1993-1996) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai tanda penghargaan terhadap perjuangannya dalam bidang bahasa, sastera dan kebudayaan, Jamdin telah dianugerahi “Pahlawan Bahasa, Sastera dan Kebudayaan” oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri pada tahun 1984 dan “Penghargaan Penulis
|
Rahman Shaari - Dewan Bahasa dan Pustaka
Syarikat, pada tahun 1991. Rahman Shaari pernah memenangi tempat pertama Peraduan Menulis Esei Sastera antara maktab-maktab perguruan pada tahun 1971. Selepas itu, Rahman sering memenangi hadiah yang lain sebagai tanda kejayaannya dalam bidang kesusasteraan. Pada tahun 1975, beliau memenangi Peraduan Menulis Sajak UKM. Pada tahun 1976 pula, puisi beliau berjudul “Hamparan Kuning” dan “Giliran” memenangi Hadiah Karya Sastera. Pada tahun |
|
Puisi |
---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
|