Ishak Haji Muhammad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Utusan Melayu. Dari Tahun 1939 hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggota sidang pengarang Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai. Pada waktu yang sama, Ishak mula bergiat dalam pergerakan politik. Pada tahun 1941, Ishak yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk Singapura pada tahun yang sama. Beliau kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia dan Fajar Asia . Ishak menjadi semakin aktif dalam arena politik dan bidang kewartawanan
|
S. Othman Kelantan - Dewan Bahasa dan Pustaka
1971. Pada tahun 1979, S. Othman berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera sebagai mahasiswa luar kampus Universiti Sains Malaysia dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam tahun 1982 dari universiti yang sama dan Ph. D. Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995). Sebagai guru, S. Othman telah mengajar di beberapa buah sekolah (semuanya di Kelantan), bermula di Sekolah Rendah Gaal dan sekolah terakhirnya Sekolah Adalah Perubahan (antologi bersama), Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1981, 136 hlm.; Menjunjung Titah Perintah (antologi bersama), Subang Jaya: Tra-Tra Publishing & Trading CO., 1984, 246 hlm.; Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.; Mimpi Paduka (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 172 hlm.; Perkahwinan Rama-rama, Kuala |
Usman Awang - Dewan Bahasa dan Pustaka
Tanah Melayu pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulung. Di Singapura, Usman diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu. Pada tahun 1952, Usman Awang kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961 Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu. Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun
|
Abdullah Hussain - Dewan Bahasa dan Pustaka
pembantu pengarang kanan hingga 31 Disember 1964. Sewaktu bertugas di penerbitan itulah, Abdullah telah menterjemahkan beberapa karya sastera dunia. Dari tahun 1965 hingga bulan Februari 1968, beliau menjawat tugas yang sama di Franklin Books Programme di samping menjadi editor majalah Angkatan Baru . Mulai 1 Mac 1968, Abdullah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai Penolong Pengarang, kemudian Pengarang dari beliau menyatakan bahawa, penduduk negara ini terdiri daripada berbagai-bagai suku kaum di samping bangsa Melayu yang menjadi peribuminya, maka perpaduan bangsa hanya dapat dicapai melalui penggunaan satu bahasa yang sama dan bahasa Melayu yang baik. Pada peringkat awal sebagai penulis, Abdullah sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh pembacaan karya-karya sastera dari Indonesia dan Rusia. Bacaannya yang luas terhadap karya-karya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama adil |
|
|