Noor S.M. - Dewan Bahasa dan Pustaka
di Melaka. Beliau sering diundang membaca puisi dalam pelbagai majlis rasmi kerajaan negeri dan organisasi awam. Beliau juga diundang menyampaikan ceramah, membentang kertas kerja serta mengendalikan bengkel penulis untuk memupuk kreativiti bakat-bakat baru. Noor S.M. mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Masjid Tanah hingga darjah enam, dan selepas itu beliau menjadi guru pelatih selama beberapa bulan, sehinggalah beliau diterima Idris, Tanjung Malim pada tahun 1960. Sewaktu di maktab inilah beliau berpeluang mendekati Kemala dan A. Wahab Ali, penyair yang mula harum namanya ketika itu. Bagi meningkatkan pengalaman, apresiasi dan kreativiti kepenyairannya, Noor S.M. berkunjung ke negeri-negeri utara tanah air pada tahun 1966 dalam rangka menemui penyair-penyair Perlis dan telah berjaya menghasilkan antologi bersama, Dalam Perjalanan. Noor S
|
A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
pantun yang sering berkumandang dalam majlis-majlis perkahwinan, amat mempengaruhi jiwa beliau semasa kanak-kanak. Qasidah dan berzanji yang diadakan waktu majlis memotong jambul atau mencukur rambut mulai menumbuhkan daya kreativiti A. Ghafar. Ternyata bahawa kehidupan kesenian di kampungnya amat mempengaruhi dunia persajakan beliau. Hal ini ditambah lagi dengan kegiatan pencak silat yang dipelajarinya pada waktu malam dan kegiatan tari piring |
Hatta Azad Khan - Dewan Bahasa dan Pustaka
disalut oleh simbolisme yang ironis. “Mayat” sering dipentaskan dan drama ini mempersoalkan kehidupan dan nilai kemanusiaan pada masa depan, terutama apabila tidak ada lagi tanah kosong untuk mengkebumikan mayat. Perkembangan kreativiti Hatta kemudiannya berpindah kepada bentuk drama realisme pula. “Stesen”, “Syyy!” dan “Nasib” ialah drama realisme yang dihasilkan pada sekitar tahun 1980-an, menggunakan dialog harian yang biasa diucapkan oleh masyarakat
|
Razak Mamat - Dewan Bahasa dan Pustaka
cerpen-cerpennya yang bersifat peribadi seperti “Graduan dari Bukit Minden”, “Suatu Selingan”, “Haluan” dan “Tisna Wati”. Walaupun peribadi sifatnya, cerpen-cerpen tersebut berjaya diolah dengan baik kerana Razak memiliki daya kreativiti, imaginasi serta persepsi yang kuat dan meyakinkan. Sebenarnya, Razak tidak pernah mendalami atau mempelajari ilmu penulisan secara formal. Cuma pernah sekali beliau mengikuti Bengkel Penulisan Kreatif Wilayah Selatan, anjuran DBP |
A.Aziz Deraman - Dewan Bahasa dan Pustaka
1994 sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka mulai 1 Ogos 1994. Akar keyakinannya terhadap tradisi, keterbukaannya kepada hal-hal yang positif dari luar dan keyakinannya terhadap kreativiti dan inovasi yang disesuaikan dengan iklim, jiwa serta peribadi Malaysia diharapkan dapat memberi manfaat yang besar bagi bahasa dan kesusasteraan Malaysia. Sikapnya ini dapat dilihat dalam kumpulan puisinya, Kau dan
|
Rahmah Bujang - Dewan Bahasa dan Pustaka
berfokuskan kegiatannya kepada hal-ehwal wanita dan keluarga. Kini, sejak kelab itu dilancarkan pada tahun 1999, beliau juga bertindak sebagai Presiden Kelab Wanita (Profesional dan Pengurusan) Universiti Malaya. Dalam bidang kreativiti seni persembahan Profesor Rahmah turut memberi sumbangan. Sehingga kini beliau sudah menghasilkan tujuh buah skrip drama, tiga khusus untuk teater bangsawan: “Puteri Li Po”, “Puteri Cahaya Bulan”, dan “Megat Terawis |
|
|