Untitled Document
Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad
|
Johan Jaafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
tahun 1960-an dengan ikut serta dalam kegiatan sandiwara di kampung kelahirannya. Dengan rela hati beliau menjalankan kerja-kerja seperti menarik tali tirai dan mencari bahan-bahan untuk latar pentas. Apabila Johan belajar di sekolah menengah, beliau mula berlakon, menulis skrip dan mengarah drama untuk acara persembahan sekolah. Ketika menuntut di universiti pula, Johan bergerak bersama-sama Kumpulan Kesenian Universiti Malaya tahun 1977. Mulai Julai 1977, Johan bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (Pegawai Perancang Bahasa) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1988, beliau dilantik mengetuai Bahagian Majalah sehingga tahun 1990 apabila beliau berpindah mengetuai Bahagian Penerbitan Am. Semasa mengetuai bahagian tersebut, pada September 1991 Johan meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Nottingham, England dalam bidang Critical |
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan. Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada ibunya. Daripada pengakuannya yang merendah diri, Samad berkata : “... kalaulah saya diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “Batu Belah batu Bertangkup”. Saya masih tetap mendengar akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang, Said Zahari, Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut berhijrah. A. Samad Ismail, Pengarang Berita Harian
|
Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
tiga tahun. Pada akhir tahun 1930-an, Noordin Hassan memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya ketika belajar di sekolah ini ialah apabila pada suatu hari beliau melukis misai di gambar King Geroge yang terdapat di kulit buku. Menurut Noordin, “Misai itu sebenarnya kurang terang, jadi saya lebatkan”. Apabila buku itu dipulangkan, gurunya telah memanggil beliau ke hadapan darjah. Dengan tidak disangka-sangkanya, gurunya menampar Noordin. Buku itu ditunjukkan kepada murid-murid dalam darjah sebagai amaran dan buku itu |
Abdullah Hussain - Dewan Bahasa dan Pustaka
tersebut iaitu Ahmad Noor Abdul Shukoor. Di samping itu, Abdullah giat dalam Perkumpulan Sahabat yang kerap mengadakan pertemuan sesama penulis di utara Semenanjung. Kebolehan awalnya dalam bidang penulisan telah terbukti, apabila cerita bersirinya berjudul “Binti Penghulu” diterbitkan dalam akhbar Sahabat , disusuli cerita “Harta dan Jodoh Menanti di England” sebanyak 38 siri. Abdullah tidak menerima apa-apa bayaran daripada karya tersebut. Pada tahun 1940, Abdullah bertugas pula sebagai pembantu pengarang Saudara di Pulau Pinang. Beliau bertugas di situ hingga awal tahun 1941 apabila Saudara ditutup. Dalam tahun itu juga, telah terbit dua buah noveletnya iaitu Kasih Isteri dan Dia ... Kekasihku. Beliau kemudiannya bertugas di Kem Tentera Inggeris di Sungai Petani, Kedah sebagai kerani
|
Jamdin B - Dewan Bahasa dan Pustaka
sekolah rendah dan distinction di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan kecemerlangan dalam pendidikan, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran menengah di Sabah College, Kota Kinabalu pada tahun 1960. Bagaimanapun, persekolahannya terganggu apabila ayahnya jatuh sakit dan beliau terpaksa kembali menetap di kampung. Derita hidup sekeluarga yang semakin terhimpit, memaksa Jamdin meninggalkan bangku sekolah pada tahun 1962. Bagi menghadapi kekecewaannya, beliau menguatkan semangat berjaya melepasi “Qualifying Test” untuk menduduki peperiksaan SPM. Pada masa yang sama, beliau diterima bekerja sebagai juruhebah dan pembaca berita sambilan di Radio Sabah dan seterusnya pembaca berita di TV apabila TV memulakan siarannya. Kerja sambilan ini berterusan dari tahun 1962 hingga tahun 1973. Beliau juga pengasas dan orang pertama menyelenggarakan siaran dalam bahasa Bajau di radio secara sambilan (1960-an |
A. Ghani Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
sebelah malam, Ghani belajar mengaji al-Quran. Ghani selalu dirotan sekiranya tidak mengaji secara berterusan. Ghani juga mencuri-curi menonton wayang atau filem Hindustan dan Tamil yang ditayangkan di kampungnya. Apabila guru mengajinya mengetahui Ghani menonton wayang gambar, guru mengajinya itu menghukumnya dengan membersihkan kandang kambing, reban ayam dan halaman rumah. Pendidikan menengah diterimanya di Sekolah Menengah Masjid Tanah, Melaka (sekarang Sekolah Menengah Ghafar Baba) pada tahun 1962. Ketika itu ayahnya bertugas sebagai polis di Tanjung Minyak, Melaka. Apabila ayahnya berpindah dan bertugas di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur, Ghani bersekolah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kampung Pandan. Ghani aktif dalam persatuan sekolah dan persatuan pelajar. Minat Ghani terhadap
|
Asmaranda - Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan menghasilkan sebuah cerita berjudul "Gua Ular" yang tersiar dalam Utusan Kanak-kanak , menggunakan nama samaran KAS. Minat dan keinginannya untuk menulis bermula daripada satu peristiwa. Pada bulan Mac 1957, apabila Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Melayu Daerah Pontian, mengadakan Peraduan Mengarang Cerpen, Sajak dan Rencana sempena Minggu Bahasa Melayu dan Pameran Buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan UMNO dan pengasasnya ialah Ali Haji Ahmad (Allahyarham) selaku Penolong Pegawai Daerah Pontian. Kegiatan-kegiatan GPM telah menyemarakkan lagi gejolak kesusasteraan tanah air, khasnya di kawasan selatan. Persatuan ini terhenti pergerakannya apabila Ali Haji Ahmad bekerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pegawai Penyelidik. Apabila Persatuan Penulis Nasional (PENA) ditubuhkan, Asmaranda turut sama menghadiri Mesyuarat Agung penubuhannya yang diadakan pada 12 Februari |
Nor Aini Mohamad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Masyarakat, Dewan Sastera, Mastika, Wanita dan akhbar-akhbar mingguan Utusan Zaman dan iaitu Mingguan Malaysia. Puisinya juga sering berkumandang menerusi Radio Kuala Terengganu. Puncak kejayaannya dalam genre puisi ini ialah apabila sebuah puisinya, “Mengerti” telah terpilih untuk menerima Hadiah Karya Sastera bagi puisi pada tahun 1971. Selain puisi, sebenarnya Nor Aini juga pernah menulis cerpen dan rencana. Tetapi ternyata genre puisi pertamanya “Salah Duga” tersiar dalam Utusan Zaman, 2 November 1969 dan cerpen “Seutas Rantai Kasih” tersiar dalam Mingguan Malaysia, 31 Januari 1971. Kegiatan Nor Aini dalam bidang puisi mula menurun apabila beliau mendirikan rumah tangga pada awal tahun 1970-an, dan dengan kelahiran cahaya matanya seramai enam orang, puisi-puisi Nor Aini semakin jarang-jarang ditemui. Apabila suaminya meninggal dunia pada
|
Siti Zainon Ismail - Dewan Bahasa dan Pustaka
perkembangan kesusasteraan, Siti Zainon dikenali sebagai penulis wanita yang mampu menghasilkan pelbagai bentuk tulisan kreatif dan berjaya mencipta nama sebagai peneliti sastera yang berwibawa. Kepenyairan dan bakat kreatifnya kelihatan istimewa apabila digandingkan dengan sentuhan jari-jemari halusnya dalam menghasilkan sketsa dan lukisan. Siti Zainon juga terkenal sebagai pengkaji seni dan budaya serantau, khususnya tentang seni rupa dan pakaian tradisional Melayu. Siti Kebudayaan (1996-1999) di universiti yang sama. Siti Zainon memiliki bakat besar dalam kedua-dua bidang, iaitu lukisan dan penulisan karya kreatif. Dalam bidang lukisan, beliau memperlihatkan potensi menjadi pelukis apabila beliau memenangi hadiah pertama Hadiah Seni Lukis Sekolah Rendah Selangor pada tahun 1961. Beliau kemudiannya belajar seni lukis secara bersungguh-sungguh apabila mendapat galakan dan bimbingan daripada dua orang pelukis |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila |
|
Puisi |
---|
|
Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 25 Dogs that bark don't always bite Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|