Anis - Dewan Bahasa dan Pustaka
Laju Perahu Laju (1983). Pada tahun 1996, beliau dianugerahi Hadiah Sastera Darul Ta'zim dalam bidang cerpen. Anis sering membentangkan kertas kerja di seminar dan forum, antaranya Sastera dan Falsafah”, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) (4-7 Ogos 1986); “Seni Ukiran Kayu: Seni Rohaniah yang Tercabar”, anjuran Muzakarah Pengembangan Kreativitas Ummah, Banda Aceh, Sumatera Utara (15-19 Januari 1995); “Karya Munshi Abdullah dari Aspek Logika”, anjuran Seminar Antarabangsa, Melaka (12-14 Ogos 1996); “Pantun: Falsafah Pantun sebagai
|
Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
Semasa memimpin majalah Utusan Kiblat, Sabda pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau mengemukakan isu “free mason”. Bagi menghentikan kontroversi ini, beliau dihantar mengikuti kursus kewartawanan dalam bidang agama di Jawa Tengah anjuran PWI dan Departmen Agama Indonesia. Sekembalinya dari Indonesia, beliau ditugaskan sebagai penyunting harian dengan mengendalikan berbagai-bagai ruangan termasuk, sukan, hiburan, ruangan perajurit dan pertanian. Pada tahun 1983, Sabda dilantik Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian, beliau masih sempat memperuntukkan waktunya untuk terus menulis. Hasilnya, terbitlah novel yang bertajuk Arbain yang berjaya meraih hadiah kedua dalam Sayembara Novel Berunsur Islam anjuran bersama kerajaan Terengganu, PELITA dan GAPENA. Mulai bulan November tahun 1985, beliau bertugas di Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) sebagai Pegawai Penerbitan. Beliau telah ditugas menerbitkan lima buah majalah serentak, iaitu |
Shafie Abu Bakar - Dewan Bahasa dan Pustaka
Agama Sultan Zainal Abidin. Semangat menulisnya banyak didorong oleh penulis – bekas pelajar sekolah tersebut seperti Ibrahim Fikri, Misbaha dan Alias Ali. Beliau pernah menyertai peraduan menulis cerpen untuk kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tetapi gagal memenangi sebarang hadiah. Namun Shafie tidak berputus asa. Beliau terus menghantar karyanya ke DBP dan maklum balas yang diperoleh begitu memberangsangkan. Akhirnya, hasil mendapat pengiktirafan daripada pelbagai organisasi. Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Istilah Kesusasteraan, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, MABBIM, 1992, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajian Melayu 1992/93, Panel Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP 1988/89, 1990/91, 1992/93. Beliau juga dilantik sebagai Panel Peraduan Novel Darul Iman anjuran Kerajaan Negeri Terengganu 1990/91, Panel Hadiah Sastera
|
Nazel Hashim Mohamad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Sesuai dengan kelulusan akademik dan kerjayanya, Nazel banyak menghadiri kursus yang berkaitan dengan pentadbiran, penulisan, penerbitan dan perpustakaan. Antaranya, Innotech Three-Month Training Programme in Educational Innovation and Technology (INNOTECH), anjuran Southweast Asian Ministers of Educational Organization (SEAMEO), di University of the Philippines, Quezon City, Filipina, dari 8 Januari hingga 30 Mac 1979; Bengkel Penulisan Kanak-kanak anjuran DBP (26 September hingga 1 Oktober 1977); Projek Kanak-kanak dengan Pembacaan Sempena Tahun Antarabangsa Kanak-kanak di DBP (12 hingga 18 Julai 1979); Twelfth Training Course on Book Production |
Zakaria Ariffin - Dewan Bahasa dan Pustaka
Perdana DBP (merupakan drama ke-40 persembahan Badan Budaya DBP, sempena ulang tahun ke-40 DBP). Pada tahun 1992, Zakaria menghasilkan “Raja Lawak”. Drama ini dipentaskan dalam program Teater Sebabak anjuran Panggung Negara. Trilogi “Raja Lawak” cuba mengenengahkan para pelawak sebagai seniman. Walaupun mereka sering membuat orang ketawa, namun mereka juga sering menitiskan air mata di sebalik derai ketawa itu. Pada apabila diundang membentang kertas kerja dalam pelbagai seminar, bengkel dan kursus, seperti Bengkel Kritikan Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, Konvensyen Teater Terengganu, 1986 dan Bengkel Penulisan Skrip Drama pentas anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah, 1990. Zakaria telah berpeluang keluar negera menyertai pelbagai kegiatan sastera, antaranya Tamu Kritikus Sastera di Jakarta (1984), Seoul Asean Poet’s Conference di Korea
|
Darma Mohammad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Mengarang Novel Hari Guru Peringkat Kebangsaan dengan novel yang berjudul Dan Mendung pun Merendah. Lapan tahun kemudian, Darma muncul sebagai pemenang hadiah terbaik Anugerah Karya Bangsa, sempena 25 Tahun Merdeka anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, iaitu pada tahun 1984. Kumpulan puisinya yang berjudul Pancarasa ini mengandungi 100 buah puisi. Setahun kemudian, Darma memenangi hadiah puisi Utusan Melayu-Public Bank. Begitu juga pada tahun 1987, di samping memenangi hadiah puisi Utusan Public Bank, Darma juga memenangi hadiah terbaik antologi dua genre, puisi dan cerpen yang bertajuk Merentap Gentir anjuran Yayasan Pahang-DPMP, sempena Hari Sastera di Kuantan, Pahang. Cerpennya "Di Hujung Kelir" memenangi hadiah saguhati Peraduan Menulis cerpen ESSO-GAPENA VII. Novel Merinci Ufuk pula menerima hadiah khas bagi |
Ahmad Sarju -Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Kebun, 42450 Klang, Selangor Darul Ehsan. AHMAD SARJU mula terlibat dalam bidang penulisan ketika belajar di sekolah rendah. Bakatnya mula terserlah apabila beliau memenangi peraduan mengarang dan menulis puisi anjuran sekolah dan jabatan pendidikan. Sejak itu beliau meneruskan minatnya dalam bidang penulisan. Beliau memberikan tumpuan dalam penulisan puisi. Ahmad Sarju merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik dan berasal beliau menjadi penulis sepenuh masa. Beliau terlibat dalam bidang penulisan semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Beliau menumpukan penulisan dalam bidang puisi dan pernah memenangi peraduan mengarang dan menulis puisi anjuran sekolah dan Jabatan Pendidikan. Parit Empat Sungai Besar ialah perkampungan petani yang menjadi sumber utama dalam pengkaryaannya. Setiap titik peluh petani dan keluhan mereka seolah-olah dapat dirasai dan dihayatinya
|
Dinsman - Dewan Bahasa dan Pustaka
theatrical”. "Jebat" membuktikan keazaman Dinsman untuk menemui dan menetapkan suatu bentuk teater baru yang selain menghibur dapat juga menghidupkan temanya. “Jebat” telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan drama anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) peringkat negeri Selangor pada tahun 1973. Drama "Protes" pula menggambarkan "permainan peranan" yang bertujuan memberi teguran atas konsepsi drama dengan menyentuh sifat manusia. "Protes" juga memenangi tempat pertama pertandingan drama anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan peringkat Kebangsaan tahun 1974. Antara dramanya yang agak kontroversi dan sering diperkatakan oleh pengkaji-pengkaji teater Malaysia ialah "Bukan Bunuh Diri". Drama ini memperlihatkan konsep |
Noor S.M. - Dewan Bahasa dan Pustaka
Beliau cuba menghasilkan puisi setelah didorong oleh beberapa orang teman sekampung. Bakat sebenar Noor S.M. sebagai penyair terserlah apabila puisinya “Angin Hitam” memenangi hadiah kedua dalam peraduan menulis puisi anjuran Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1960. Sewaktu di maktab inilah beliau berpeluang mendekati Kemala dan A. Wahab Ali, penyair yang mula harum namanya ketika itu. Bagi meningkatkan M. juga aktif dalam pertemuan penulis muda seperti Khemah Penulis ‘70 yang berlangsung di Morib. Sewaktu berkunjung ke Sumatera Utara, beliau diundang membaca puisi dan berdialog dengan seniman-seniman Medan anjuran Radio Alnora Medan, untuk mewujudkan suatu bentuk kerjasama dalam bidang kesenian antara seniman Medan dengan Malaysia. Dalam organisasi penulis, Noor S.M. adalah salah seorang Pengasas Persatuan Penulis Negeri Melaka
|
Yahya Samah - Dewan Bahasa dan Pustaka
itu lahirlah Dahaga ,” Walau bagaimana pun, Yahya Samah sebenarnya telah lama menaruh minat dan memperlihatkan bakatnya dalam lapangan penulisan novel. Ini terbukti bila memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958. Novel yang dikemukakannya bertajuk “Bukan Salah Ibu Mengandung”, yang kemudiannya diterbitkan dengan judul Layang-layang Putus Tali. Yahya Samah menerima pendidikan awal di dengan menulis cerpen untuk akhbar dan majalah serta radio. Dalam lapangan ini beberapa kali beliau memenangi hadiah, misalnya pada tahun 1956 beliau memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cerpennya “Daerah yang Terbiar”. Kemudian selain daripada memenangi hadiah untuk novelnya pada tahun 1958, beliau memenangi dua hadiah sagu hati untuk dua buah dramanya dalam |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjuran |
|
|