A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
kegiatan penulisannya ini. Ayah A. Ghafar meninggal dunia pada tahun 1948. A. Ghafar Ibrahim turut didedahkan oleh neneknya kepada cerita-cerita lipur lara dan hikayat-hikayat zaman dahulu kala yang amat mengasyikkan. Kedua-dua faktor ini membenihkan minat beliau dalam dunia kesusasteraan Melayu. Minat ini dipertajamkan lagi oleh nyanyian-nyanyian puisi daripada kaba-kaba Minangkabau dan terutamanya daripada cerita-cerita Sabai Nan Aluih. Lagu-lagu puisi seperti Rantak Kudo dan isinya terdiri daripada pantun-pantun yang sering berkumandang dalam majlis-majlis perkahwinan, amat mempengaruhi jiwa beliau semasa kanak-kanak. Qasidah dan berzanji yang diadakan waktu majlis memotong jambul atau mencukur rambut mulai menumbuhkan daya kreativiti A. Ghafar. Ternyata bahawa kehidupan kesenian di kampungnya
|
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Kemudian Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis yang penting dan yang amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Walaupun Shahnon telah meneroka hampir kesemua bidang penulisan, tetapi beliau mengaku bahawa menulis puisi dan drama dirasakannya amat canggung. Kekuatan beliau ternyata terletak dalam penulisan cerpen dan novel dan akhir-akhir ini pula dalam bidang esei dan kritikan. Beliau mulai giat menulis dan mulai terkenal sejak tahun 1956 |
Embong Yahaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan 1960-an lebih bersifat memberi nasihat kepada anak-anak muda seperti buku Dari Hati ke Hati dan Pengasuh Cita-cita. Novelnya yang berjudul Bahagia Terlerai merupakan sebuah novel yang baik, biarpun terlalu bersifat didaktik dan penuh dengan pengajaran. Embong telah menghasilkan puisi sejak tahun 1930-an lagi. Kemunculannya dapat digolongkan sebagai penyair sebelum perang yang menghasilkan puisi-puisi yang melaungkan Rayuan Tanahair” yang dihasilkan pada tahun 1941. Meskipun sumbangannya terhad kepada beberapa buah puisi sahaja, beliau tetap mendapat perhatian para pengkaji yang rata-rata menyifatkannya sebagai penyair sebelum perang yang amat sedar akan pergolakan dan kegelisahan di sekitarnya. Di Maktab Perguruan Sultan Idris, Embong termasuk ke dalam golongan pelajar yang cukup aktif dalam perjuangan semangat kebangsaan. Kesedaran kebangsaan ini menemukan bentuknya
|
Hamdam - Dewan Bahasa dan Pustaka
berkesan. Oleh itu, unsur agama terpaksa dieksploitasi dan dalam isu Natrah, unsur itu mudah dibangkitkan untuk membakar semangat dan perasaan orang Melayu. Disebabkan isu Natrah itulah akhbar Melayu Raya menjadi amat laris jualannya di Singapura, bahkan di Semenanjung. Melalui rencana pengarangnya, ruangan pojok "Awang Kenit" dan ruangan kartun yang menyindir serta berita-berita sensasi yang disiarkan oleh Melayu Raya, semangat orang hal ini. Suriati dalam Razor misalnya adalah ketua sebuah kumpulan haram yang menjalankan sindiket penyeludupan candu, sementara dalam novel Fatimah Janda Muda, Fatimah merupakan seorang janda yang suka berpura-pura baik dengan lelaki semata-mata untuk mengikis wang lelaki. Berlainan pula halnya dengan dua buah novelnya yang terakhir iaitu Barisan Zubaidah dan Tun Kuda. Zubaidah dan Tun Kudu adalah lambang wanita |
Latiff Mohidin - Dewan Bahasa dan Pustaka
Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri. Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Dalam tahun 1969, Latiff mendapat mencerminkan pengertian terhadap alam setempat seperti mana yang terlihat dalam siri “Pago-Pago”nya. Seperti juga dalam puisinya, pencarian Latiff terhadap `daerah tempatan’ menariknya ke arah alam dan kita dapati baik sebagai pelukis ataupun penyair, beliau adalah seniman yang cukup mesra dengan lingkungan semula jadinya. Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta, merangkumi tiga bidang seni
|
Nor Aini Mohamad - Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk menerima Hadiah Karya Sastera bagi puisi pada tahun 1971. Selain puisi, sebenarnya Nor Aini juga pernah menulis cerpen dan rencana. Tetapi ternyata genre puisi yang menjadi pilihannya berkarya dan amat disenanginya. Dalam puisilah kekuatan kreatifnya terserlah. Nor Aini cuba menulis cerpen, dan setakat ini beliau hanya berjaya menghasilkan dua buah cerpen. Cerpen pertamanya “Salah Duga” tersiar dalam Utusan Zaman, 2 dekad 1990-an dengan mengungkapkan tema-tema yang lebih matang dan berunsur keagamaan. Sebagai penyair, Nor Aini cukup sensitif dengan hal-hal yang berlaku di sekelilingnya. Jiwanya yang lembut dan amat perasa itu mudah tersentuh dengan fenomena dan peristiwa yang berlaku di sekitar dirinya, nasib yang menimpa kaum sejenisnya dan kehidupan manusia sekelilingnya yang rata-rata terdiri daripada golongan miskin yang |
Halim Anuar - Dewan Bahasa dan Pustaka
petani yang mengusahakan sawah dan menoreh getah. Ibunya pula, Putih binti Abas, suri rumah yang sederhana dan sering menghantarnya ke sekolah. Halim menerima pendidikan hanya setakat sekolah rendah. Namun nasibnya baik, beliau terpilih menjadi guru pelatih. Setelah beberapa tahun, Halim berjaya melepasi ujian untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (SITC) dari tahun 1949 hingga 1951. Di dan ditambah “An” di hujungnya. Manakala “Anwar” (Anuar) di hujung Halim, mengikut nama penyair terkenal Indonesia, Chairil Anwar. Memang diakui sendiri oleh Halim bahawa beliau begitu mengagumi penyair tersebut, malah amat terpengaruh dengannya. Nama sebenarnya ialah Awang Ahmad dan Abdul Halim merupakan nama yang digunakan di kampung. KARYA Puisi - Puisi-puisi Kebangsaan 1913-1957 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
|
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
LAHIR : 20 April 1972 di Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. ALAMAT : 32, Jalan SS 3/44, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. MEMANDANGKAN jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan Khadijah Hashim. Khadijah Hashim sekali imbas nampak sederhana tetapi sebenarnya mempunyai makna yang lebih dalam. Melihat sumbangan penulis wanita yang berasal dari Batu Pahat ini, ternyata beliau berpotensi besar untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan indah. Setiap kali karya barunya terbit, hasilnya tidak pernah mengecewakan. Karyanya sering mendapat sambutan, sama ada dalam kalangan pembaca dewasa mahupun remaja. Kegiatannya dalam penulisan kreatif sehingga kini masih |
Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Waktu itu beliau masih dalam alam remaja dan pernah bekerja sebagai `boy’ di sebuah rumah keluarga Jepun. Pada masa itu ada seorang Jepun, yang baik hati mengajarnya bahasa dan nyanyian Jepun, serta cerita-cerita dongeng Jepun kepada Noordin. Pengalaman ini mempengaruhi Noordin sehingga beliau begitu tertarik menonton filem-filem Jepun dan berminat pada kesusasteraan Jepun drama yang penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan akhir-akhir ini Noordin banyak menunjukkan kecenderungannya menghasilkan karya-karya drama yang mengandungi konsep dan unsur-unsur Islam. Sumbangan beliau yang amat bermakna dalam perkembangan teater Noordin telah dianugerahi Anugerah Sastera Negara pada tahun 1993. KARYA Drama : Bukan Lalang Ditiup Angin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 145 hlm.; Anak Tanjung
|
S. Othman Kelantan - Dewan Bahasa dan Pustaka
cerpen yang terbaik untuk tahun 1972, 1973 dan 1975. Sebagai penulis cerpen, bakatnya memperlihatkan perkembangan yang meyakinkan. Tidak terduga oleh kita bahawa S. Othman Kelantan yang pada satu ketika dahulu amat gemar mengutarakan kisah-kisah detektif dan ala cowboy itu, akhirnya meneroka ke daerah persoalan yang lebih besar mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Beliau mempunyai bahan-bahan bacaan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jepun, dan Sinhale. Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan juga menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Dalam beberapa tulisannya dalam akhbar dan majalah, S. Othman memberikan pendapatnya berhubung dengan soal kesusasteraan dan keagamaan secara yang meyakinkan. Koleksi sebahagian daripada esei kesusasteraannya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat baik |
|
Puisi |
---|
|
Baik-baik menebang jati, Biar serpih tumbang jangan; Baik-baik mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.
Lihat selanjutnya... |
|