KANDUNGAN
Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, melalui Khidmat Nasihat Bahasa selalu menerima pelbagai pertanyaan bahasa, seperti tatabahasa bahasa Melayu. Antara pertanyaan yang diterima dan jawapan yang telah diberikan termasuklah: 1. Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar? Contohnya: Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru- guru dan rakan-rakan sekalian… Jawapan Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. Maka, huruf besar boleh digunakan seperti dalam nama khas untuk kata Tuan Pengerusi Majlis dan Yang Berusaha Guru Besar, kecuali
|
|
|