ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
qualified right | hak bersyarat | ESG | Hak yang tidak mutlak dalam keadaan tertentu untuk melindungi kepentingan awam yang lebih besar seperti keselamatan negara, kesihatan awam atau hak individu lain. |
positive screening | saringan mampan | ESG | Proses menyaring dan menilai syarikat yang menepati kriteria tertentu berkaitan dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk tujuan perniagaan. |
carbon neutral | neutral karbon | ESG | Jumlah keseluruhan pelepasan karbon yang dihasilkan dalam tempoh tertentu yang ditimbal secara pengurangan, penyingkiran atau imbangan karbon luaran. |
routine venting | pelohongan rutin | ESG | Pelepasan gas ke atmosfera secara terancang berdasarkan reka bentuk proses tertentu. Banding non-routine venting. |
field survey | tinjauan lapangan | ESG | Kajian yang dilakukan di sesuatu kawasan untuk mengumpul dan/atau mengesahkan data tertentu. |
specialty chemicals | bahan kimia khusus | ESG | Bahan kimia tunggal atau campuran yang direka khas untuk penggunaan atau aplikasi tertentu. |
rights holders | pemegang hak | ESG | Individu atau kumpulan sosial yang memegang hak undang-undang ke atas harta atau aset tertentu. |
water withdrawal | pengambilan air | ESG | Jumlah keseluruhan air yang diambil daripada air permukaan, air tanah, air laut atau daripada pihak ketiga dalam tempoh tertentu. |
Global Warming Potential (GWP) | Potensi Pemanasan Global (GWP) | ESG | Indeks ukuran kadar pemerangkapan haba matahari oleh sesuatu gas rumah hijau bagi jangka hayat tertentu berbanding dengan karbon dioksida. |
net zero carbon emission | pelepasan karbon sifar bersih | ESG | Perihal pelepasan gas rumah hijau antropogenik diimbangi dengan penyingkiran dan pengurangan gas rumah hijau antropogenik dalam jangka masa tertentu. |