ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
governance | tadbir urus | ESG | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) | Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) | ESG | Instrumen untuk pembaharuan tadbir urus korporat berdasarkan prinsip dan amalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui tahap minimum undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. |
corporate governance | tadbir urus korporat | ESG | Rangka kerja merangkumi peraturan, amalan dan proses yang terarah dan terkawal bagi sesebuah organisasi. |
environmental, social and governance (ESG) | alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) | ESG | Tiga elemen untuk mengukur kesan perniagaan terhadap masyarakat dan alam sekitar, termasuklah ketelusan dan kebertanggungjawaban. |
materiality | kematanan | ESG | Faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
material topic | topik matan | ESG | Isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
ESG rating | penarafan ESG | ESG | Ukuran prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus sesebuah syarikat. |
ESG integration | integrasi ESG | ESG | Penyepaduan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam membuat keputusan syarikat. |
sustainable finance | pembiayaan mampan | ESG | Pembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah). |
green-bleaching | luntur hijau | ESG | Perihal organisasi yang sengaja tidak menonjolkan ciri alam sekitar, sosial dan tadbir urus pada produk agar tidak dikenakan peraturan tambahan dan tindakan undang-undang. |