ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Net Zero Banking Alliance | Perikatan Perbankan Sifar Bersih | ESG | Kumpulan peneraju bank global yang beriltizam untuk memastikan aktiviti peminjaman, pelaburan dan pasaran modal sejajar dengan pelepasan gas rumah hijau sifar bersih pada tahun 2050. |
zero waste | sisa sifar | ESG | Perihal pencegahan penjanaan sisa dengan mengubah suai reka bentuk, penggunaan dan kaedah pelupusan produk dengan matlamat tiada sisa dihantar ke tapak pelupusan. |
Zero Routine Venting | Pelohongan Rutin Sifar | ESG | Perihal tiada pelohongan rutin. |
Zero Routine Flaring | Penyuaran Rutin Sifar | ESG | Perihal tiada penyuaran rutin. |
net zero carbon emission | pelepasan karbon sifar bersih | ESG | Perihal pelepasan gas rumah hijau antropogenik diimbangi dengan penyingkiran dan pengurangan gas rumah hijau antropogenik dalam jangka masa tertentu. |
carbon neutral product | produk neutral karbon | ESG | Produk yang jumlah pelepasan gas rumah hijau sepanjang kitaran jangka hayatnya ditimbal oleh kredit karbon untuk menjadi sifar bersih. |