ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
environmental justice | keadilan alam sekitar | ESG | Pendekatan bahawa setiap individu atau kumpulan individu berhak mendapat layanan saksama untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat menurut peraturan, dasar dan undang-undang alam sekitar. |
Life Cycle Inventory | Inventori Kitaran Hayat | ESG | Kaedah pengumpulan data input dan output bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk atau perkhidmatan. |
greenhouse gas intensity | keamatan gas rumah hijau | ESG | Pengukuran pelepasan gas rumah hijau bagi setiap unit keluaran. |
product stewardship | urus selia produk | ESG | Perihal mengawasi aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk oleh pihak pengurusan. |
Life Cycle Assessment | Penilaian Kitaran Hayat | ESG | Kaedah untuk menilai kesan terhadap alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk atau perkhidmatan. |
energy efficiency | kecekapan tenaga | ESG | Cara penggunaan tenaga atau sumber tenaga yang menghasilkan peningkatan faedah bersih bagi setiap unit tenaga. |
equal opportunities | peluang setara | ESG | Hak dan akses terhadap semua kemudahan organisasi yang diberikan kepada semua pekerja pada setiap peringkat pekerjaan, termasuk fasa prapekerjaan. Peluang ini terkandung di dalam Akta Kesamarataan 2010, United Kingdom. |
|
Puisi |
---|
|
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 378 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Lain orang, lain pendapat A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|