ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
voluntary resettlement | penempatan semula sukarela | ESG | Perpindahan semula individu atau komuniti ke tempat yang lain secara sukarela. |
involuntary resettlement | penempatan semula bukan sukarela | ESG | Perpindahan semula individu atau komuniti ke tempat yang lain secara paksa. |
dependencies (on nature) | kebergantungan (alam semula jadi) | ESG | Keadaan individu atau organisasi yang bergantung kepada alam semula jadi dan perkhidmatan ekosistem untuk berfungsi. |
nature-based solutions | penyelesaian berasaskan alam semula jadi | ESG | Tindakan untuk melindungi, memelihara, memulihara, menggunakan secara lestari dan menguruskan ekosistem semula jadi atau diubah suai bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar secara efektif dan adaptif, serta memberikan kesejahteraan manusia, khidmat ekosistem, ketahanan dan faedah biodiversiti. |
nature | alam semula jadi | ESG | Alam dalam bentuknya yang asal dan tidak tercemar termasuklah udara, lautan, daratan, flora dan fauna. |
Resettlement Action Plan (RAP) | Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) | ESG | Rancangan untuk menangani kesan sosial dalam kalangan penduduk akibat pemindahan yang disebabkan oleh projek pembangunan. |
downcycling | kitar susut | ESG | Proses mengitar semula bahan buangan kepada produk baharu yang lebih rendah kualiti dan fungsi berbanding bahan asal. |
ecological connectivity | kesalinghubungan ekologi | ESG | Keadaan landskap semula jadi yang menjadi perantara kepada pergerakan organisma dan sumber alam sekitar seperti nutrien dan air. |
biodiversity offset | imbangan biodiversiti | ESG | Usaha untuk mengimbangi semula kehilangan biodiversiti disebabkan oleh pembangunan. |
contingent resources | sumber luar jangka | ESG | Sumber yang berpotensi untuk diperoleh semula disebabkan oleh ketidaktentuan teknikal atau ekonomi. Sumber ini belum diklasifikasikan sebagai rizab. |
|
Puisi |
---|
|
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 489 Promises, like piecrust, are made to be broken Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée. Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|