ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
climate risk | risiko iklim | ESG | Risiko kewangan yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti risiko fizikal dan peralihan. |
transition risk | risiko peralihan | ESG | Risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan dan syarikat ketika beralih kepada ekonomi rendah karbon. |
physical risk | risiko fizikal | ESG | Risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan dan syarikat akibat daripada kesan fizikal perubahan iklim. |
climate-related risk | risiko berkait iklim | ESG | Potensi risiko ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
social risk assessment | penilaian risiko sosial | ESG | Proses mengenal pasti dan menilai risiko sosial sesuatu inisiatif, projek dan pelaburan. |
social risk | risiko sosial | ESG | Kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat akibat daripada aktiviti perniagaan, projek pembangunan atau tindakan sesebuah organisasi. |
due diligence | ketekunan wajar | ESG | Usaha untuk mengenal pasti risiko dan menilai kesan negatif sesuatu aktiviti perniagaan. |
Human Rights Due Diligence (HRDD) | Ketekunan Wajar Hak Asasi Manusia (HRDD) | ESG | Usaha untuk mengenal pasti risiko dan menilai potensi kesan negatif pelbagai aktiviti terhadap hak asasi manusia. |
active ownership | pemilikan aktif | ESG | Hak dan kedudukan individu atau organisasi yang boleh mempengaruhi aktiviti atau tingkah laku bagi mengurangkan risiko, memaksimumkan pulangan dan mempunyai impak positif terhadap masyarakat dan alam sekitar. |
Taskforce on Nature-Related Financial Disclosures | Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Alam (TNFD) | ESG | Pasukan petugas daripada institusi kewangan dan syarikat yang dibentuk untuk membangunkan rangka kerja bagi membimbing institusi kewangan dan syarikat dalam melaporkan risiko dan peluang libat alam. |