ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Carbon Disclosure Project (CDP) | Projek Penyataan Karbon (CDP) | ESG | Organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan sistem global untuk pelabur, syarikat, bandar, negeri dan wilayah menyatakan impak pengoperasian mereka ke atas alam sekitar serta tindakan yang diambil untuk menguruskannya. |
net positive impact (NPI) | impak positif bersih (NPI) | ESG | Hasil bersih sesuatu projek yang berpotensi memberikan kesan positif terhadap pemegang kepentingan, masyarakat dan alam sekitar. |
green sukuk | sukuk hijau | ESG | Sijil pelaburan Islam yang digunakan untuk membiayai sesuatu projek infrastruktur yang lestari. |
green bond | bon hijau | ESG | Instrumen pendapatan tetap yang diperuntukkan khusus untuk membiayai projek pelestarian iklim dan alam sekitar. |
social risk assessment | penilaian risiko sosial | ESG | Proses mengenal pasti dan menilai risiko sosial sesuatu inisiatif, projek dan pelaburan. |
social risk | risiko sosial | ESG | Kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat akibat daripada aktiviti perniagaan, projek pembangunan atau tindakan sesebuah organisasi. |
sustainable finance | pembiayaan mampan | ESG | Pembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah). |
Livelihood Restoration Plan (LRP) | Pelan Pemulihan Mata Pencarian (LRP) | ESG | Rancangan untuk memulihkan mata pencarian individu yang terjejas teruk disebabkan oleh sesebuah projek. |
Resettlement Action Plan (RAP) | Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) | ESG | Rancangan untuk menangani kesan sosial dalam kalangan penduduk akibat pemindahan yang disebabkan oleh projek pembangunan. |
chance find procedure | tatacara jumpaan tak sengaja | ESG | Prosedur khusus yang perlu diikuti sekiranya sebarang objek warisan budaya ditemui tanpa dijangka semasa aktiviti atau projek dijalankan. |