ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
carbon leakage | ketirisan karbon | ESG | Situasi pemindahan operasi syarikat kesatuan eropah ke negara yang polisi iklimnya lebih longgar. |
governance | tadbir urus | ESG | Berkaitan dengan pentadbiran yang menyeluruh dalam mengurus, membuat keputusan dan melaksanakan polisi. |
International Energy Agency (IEA) | Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) | ESG | Organisasi berautonomi antara kerajaan yang ditubuhkan di bawah rangka kerja Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi untuk menyediakan cadangan polisi, analisis dan data mengenai sektor tenaga global. |
Extended Producer Responsibility (EPR) | Tanggungjawab Pengeluar Diperluas (EPR) | ESG | Peranan wajib bagi pengeluar untuk membiayai keseluruhan kos mengurus dan mengitar semula produk, bermula daripada pembuatan kepada pelupusan berdasarkan polisi alam sekitar. |