ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
sustainable finance disclosure regulation | peraturan penyataan kewangan mampan | ESG | Set peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Eropah bertujuan untuk mengawal dan menyelia penyataan kewangan mampan. |
corporate governance | tadbir urus korporat | ESG | Rangka kerja merangkumi peraturan, amalan dan proses yang terarah dan terkawal bagi sesebuah organisasi. |
Shareholder Rights Directive (SRD) | Perintah Hak Pemegang Saham (SRD) | ESG | Peraturan bagi pelaksanaan hak pemegang saham pada mesyuarat agung syarikat yang didaftarkan dan sahamnya didagangkan di pasaran terkawal Kesatuan Eropah. |
Corporate Sustainability Reporting Directive (CSRD | Perintah Pelaporan Kemampanan Korporat (CSRD) | ESG | Peraturan yang diwajibkan oleh Kesatuan Eropah terhadap syarikat berskala besar dan syarikat tersenarai untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang aktiviti alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
green-bleaching | luntur hijau | ESG | Perihal organisasi yang sengaja tidak menonjolkan ciri alam sekitar, sosial dan tadbir urus pada produk agar tidak dikenakan peraturan tambahan dan tindakan undang-undang. |
environmental justice | keadilan alam sekitar | ESG | Pendekatan bahawa setiap individu atau kumpulan individu berhak mendapat layanan saksama untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat menurut peraturan, dasar dan undang-undang alam sekitar. |
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) | Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) | ESG | Instrumen untuk pembaharuan tadbir urus korporat berdasarkan prinsip dan amalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui tahap minimum undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. |