ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
compensation framework | rangka kerja pampasan | ESG | Perancangan untuk menentukan ganti rugi bagi kehilangan aset fizikal, pendapatan atau mata pencarian disebabkan oleh anjakan fizikal dan/atau ekonomi. |
Integrated Thinking Principles | Prinsip Pemikiran Bersepadu | ESG | Instrumen perancangan strategik untuk lembaga pengarah dan pengurusan bagi membantu menyediakan asas penciptaan nilai jangka panjang dan menerapkan amalan perniagaan mampan dalam organisasi. |
environmental management system | sistem pengurusan alam sekitar | ESG | Sistem yang terdiri daripada elemen yang saling berkaitan dalam sesebuah organisasi seperti struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab, perancangan dan operasi, penilaian prestasi dan penambahbaikan dalam menguruskan alam sekitar. |
|
|