ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
social | sosial | ESG | Perhubungan antara sesebuah organisasi dengan pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat. |
indigenous peoples and local community (IPLC) | peribumi dan komuniti setempat (IPLC) | ESG | Penduduk asal dan masyarakat setempat yang mendiami sesuatu kawasan. |
social risk | risiko sosial | ESG | Kemungkinan berlakunya kesan negatif terhadap pekerja, pembekal, pelanggan dan penduduk setempat akibat daripada aktiviti perniagaan, projek pembangunan atau tindakan sesebuah organisasi. |
Resettlement Action Plan (RAP) | Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) | ESG | Rancangan untuk menangani kesan sosial dalam kalangan penduduk akibat pemindahan yang disebabkan oleh projek pembangunan. |