ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
whole-of-society approach | pendekatan segenap masyarakat | ESG | Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan seperti kerajaan, perniagaan, masyarakat dan individu dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk menangani cabaran alam sekitar dan sosial serta memastikan tadbir urus yang baik. |
operational control approach | pendekatan kawalan operasi | ESG | Kaedah perakaunan pelepasan gas rumah hijau berdasarkan kuasa pengurusan operasi syarikat. |
equity share approach | pendekatan syer ekuiti | ESG | Kaedah perakaunan pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada operasi sesuatu organisasi berdasarkan peratusan pegangan ekuiti. |
digital sobriety | kecermatan digital | ESG | Pendekatan penggunaan teknologi digital secara berhemat untuk mengurangkan kesan alam sekitar. |
corporate sustainability | kemampanan korporat | ESG | Pendekatan perniagaan yang terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik untuk organisasi dan pemegang kepentingan dalam konteks alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
business sustainability | kemampanan perniagaan | ESG | Pendekatan yang memastikan kesinambungan perniagaan dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
environmental justice | keadilan alam sekitar | ESG | Pendekatan bahawa setiap individu atau kumpulan individu berhak mendapat layanan saksama untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat menurut peraturan, dasar dan undang-undang alam sekitar. |
cap and trade | had dan niaga | ESG | Pendekatan yang menetapkan had pelepasan karbon dan urusan jual beli peruntukan atau karbon kredit untuk mengurangkan pencemaran udara. |
Partnership for Carbon Accounting Financials (PCAF | Perkongsian Kewangan Perakaunan Karbon (PCAF) | ESG | Perkongsian global antara institusi kewangan yang merangka pendekatan untuk menilai dan mendedahkan pelepasan gas rumah hijau yang berkaitan dengan pinjaman dan pelaburan. |