ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
climate-related opportunity | peluang berkait iklim | ESG | Potensi peluang ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
equal opportunities | peluang setara | ESG | Hak dan akses terhadap semua kemudahan organisasi yang diberikan kepada semua pekerja pada setiap peringkat pekerjaan, termasuk fasa prapekerjaan. Peluang ini terkandung di dalam Akta Kesamarataan 2010, United Kingdom. |
inequality | ketaksamarataan | ESG | Pembahagian sumber, peluang atau keistimewaan antara individu atau kumpulan yang tidak sama rata dalam sesebuah masyarakat. |
underserved community | komuniti terabai | ESG | Sekumpulan manusia yang dinafikan peluang dan sokongan yang sewajarnya disebabkan oleh kelemahan sistem yang sedia ada. |
marginalised community | komuniti terpinggir | ESG | Sekumpulan manusia yang tersisih daripada arus perdana menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan peluang dan sumber yang sama seperti masyarakat lain. |
Taskforce on Nature-Related Financial Disclosures | Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Alam (TNFD) | ESG | Pasukan petugas daripada institusi kewangan dan syarikat yang dibentuk untuk membangunkan rangka kerja bagi membimbing institusi kewangan dan syarikat dalam melaporkan risiko dan peluang libat alam. |
Taskforce on Climate-Related Financial Disclosures | Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Iklim (TCFD) | ESG | Pasukan petugas yang dibentuk oleh Lembaga Kestabilan Kewangan yang mengambil inisiatif untuk mewujudkan rangka kerja bagi membimbing institusi kewangan dan syarikat dalam melaporkan risiko dan peluang libat iklim. |
|
Tesaurus |
---|
| peluang (kata nama) | Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;, | | Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang, |
|
Peribahasa |
---|
| 254 Make hay while the sun shines Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap. Menjemur sementara panas "People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation. ''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|